FAQ Afwaja
Soalan Lazim Kereta Sewa
Jawapan cepat tentang tempahan, bayaran, deposit, refund, delivery, pickup dan sewaan kereta Afwaja di Cyberjaya, KLIA dan Putrajaya.
Tempahan & Bayaran
Sebelum teruskan pembayaran
Bagaimana cara buat tempahan kereta sewa?
Pilih kereta di halaman Kereta, masukkan tarikh, masa, lokasi pickup dan return, isi maklumat customer, semak jumlah perlu dibayar, kemudian teruskan pembayaran melalui BayarCash.
Berapa awal tempahan online perlu dibuat?
Tempahan online perlu dibuat sekurang-kurangnya 12 jam sebelum masa pickup supaya team boleh semak ketersediaan kenderaan dan sediakan handover.
Adakah bayaran online terus confirm kereta?
Bayaran online akan direkodkan dan pengesahan akan dibuat dalam tempoh satu (1) jam. Jika kereta tidak tersedia, customer akan ditawarkan tukar kereta, tukar tarikh atau refund penuh.
Kaedah bayaran apa yang tersedia?
Bayaran online dibuat melalui BayarCash. Pilihan channel bayaran bergantung kepada tetapan portal bayaran semasa.
Deposit & Refund
Cagaran dan pemulangan wang
Apa itu deposit refundable?
Deposit refundable ialah wang cagaran yang dipulangkan selepas kereta dipulangkan dan pemeriksaan selesai, tertakluk kepada tiada caj tertunggak atau pelanggaran terma.
Bila deposit akan dipulangkan?
Deposit dipulangkan dalam 3 hingga 14 hari bekerja selepas kereta dipulangkan dan pemeriksaan selesai.
Kenapa maklumat bank diperlukan?
Maklumat bank digunakan untuk proses refund deposit selepas kenderaan dipulangkan dan pemeriksaan selesai.
Boleh batalkan tempahan selepas bayaran?
Pembatalan tertakluk kepada terma semasa, status tempahan dan kos yang telah terlibat. Sila hubungi team Afwaja secepat mungkin untuk bantuan.
Pickup & Delivery
Lokasi ambil dan pulang kereta
Boleh pickup sendiri di Cyberjaya?
Boleh. Jika pickup dan return sendiri di Afwaja Car Rental Cyberjaya, caj logistik ialah RM0.
Boleh delivery kereta ke lokasi customer?
Boleh, tertakluk kepada jadual dan ketersediaan. Caj delivery dan pickup semula dikira berdasarkan jarak jalan sebenar dari Afwaja Car Rental Cyberjaya.
Bagaimana caj delivery dan pickup semula dikira?
Caj dikira RM2/km berdasarkan jarak jalan sebenar dari Afwaja Car Rental Cyberjaya untuk delivery dan pickup semula.
Boleh sewa kereta untuk KLIA atau KLIA2?
Boleh, tertakluk kepada jadual dan ketersediaan. Customer boleh masukkan lokasi KLIA atau KLIA2 semasa membuat tempahan.
Boleh sewa kereta sekitar Putrajaya?
Boleh. Kereta sewa sesuai untuk urusan pejabat kerajaan, mesyuarat, event, perjalanan harian dan trip keluarga sekitar Putrajaya.
Sewaan & Kereta
Pilih kenderaan yang sesuai
Kereta apa sesuai untuk keluarga atau bagasi banyak?
Untuk keluarga atau bagasi lebih banyak, MPV seperti Alza, Starex atau Vellfire lebih sesuai tertakluk kepada ketersediaan.
Boleh extend tempoh sewaan?
Boleh, tertakluk kepada kekosongan kenderaan. Sila maklumkan seawal mungkin supaya team boleh semak jadual booking berikutnya.
Apa berlaku jika kereta dipulangkan lewat?
Caj lewat pulang dikira 10% daripada kadar harian untuk setiap jam tambahan. Caj maksimum lebihan jam adalah bersamaan satu hari kadar sewaan.
Adakah harga dipaparkan sebelum pembayaran?
Ya. Jumlah perlu dibayar termasuk sewaan, deposit refundable dan caj logistik yang berkaitan akan dipaparkan sebelum customer teruskan ke BayarCash.
Bantuan
Jika ada perubahan atau isu tempahan
Apa perlu dibuat jika kereta tidak tersedia?
Team Afwaja akan menghubungi customer untuk pilihan tukar kereta, tukar tarikh atau refund penuh jika tiada kenderaan sesuai.
Apakah maklumat yang perlu disediakan sebelum booking?
Sediakan tarikh dan masa pickup, tarikh dan masa return, lokasi pickup dan return, nama penuh, nombor telefon, emel dan maklumat bank untuk refund deposit.
Adakah customer perlu setuju dengan terma sebelum bayar?
Ya. Customer perlu tick setuju dengan terma dan syarat sebelum boleh meneruskan pembayaran ke BayarCash.
Bagaimana nak hubungi Afwaja Car Rental?
Customer boleh hubungi Afwaja melalui WhatsApp di 011-1512 2092 atau emel afwajatrading@gmail.com.
Sudah jelas dan mahu tempah?
Pilih kereta yang sesuai dan semak jumlah perlu dibayar sebelum checkout.