Definisi & Dokumen Kontrak
Terma ini terpakai kepada semua tempahan dan sewaan kenderaan Afwaja Car Rental. Dengan membuat tempahan, membuat bayaran, menerima kenderaan atau menggunakan servis sewaan, pelanggan dianggap bersetuju dengan terma ini.
Sebutharga, pengesahan tempahan, laporan keadaan kenderaan dan borang perjanjian sewaan adalah sebahagian daripada dokumen kontrak. Jika terdapat perbezaan, dokumen tempahan atau perjanjian bertulis yang terkini akan digunakan.
Tempahan, Kadar Harga & Bayaran
- Tempahan hanya dianggap disahkan selepas bayaran yang diperlukan diterima dan pengesahan tempahan dikeluarkan oleh Afwaja Car Rental.
- Gambar kenderaan di laman web adalah rujukan kategori/model. Warna, nombor pendaftaran atau unit tertentu hanya dijamin jika disahkan secara bertulis.
- Kadar harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hanya merangkumi item yang dipaparkan dalam tempahan. Caj tambahan seperti delivery, pickup semula, pemandu tambahan, lebihan mileage, minyak, tol, saman, cleaning, kerosakan atau lewat pulang boleh dikenakan secara berasingan.
Tempahan Dalam Talian (Online Booking)
- Bagi tempahan dalam talian, pengesahan akan dibuat dalam tempoh satu (1) jam.
- Jika kenderaan tidak tersedia, bayaran akan dipulangkan sepenuhnya (full refund).
Pemandu Tambahan, Had Umur & Lesen
Pemandu Tambahan
Pemandu tambahan dikenakan caj RM10 seorang sehari. Semua pemandu mesti didaftarkan semasa pengambilan. Syarikat berhak mengenakan penalti RM500 sekiranya kenderaan dipandu oleh individu yang tidak dibenarkan.
Had Umur & Lesen
- Pemandu mestilah berumur antara 23 hingga 65 tahun.
- Warganegara asing yang mempunyai lesen memandu sah dalam Bahasa Inggeris dibenarkan memandu di Malaysia maksimum selama 3 bulan.
- Pemegang lesen percubaan (P) tidak dibenarkan.
Caj Penghantaran & Pengambilan
Caj penghantaran dan pickup semula dikira berdasarkan jarak jalan sebenar dari Afwaja Car Rental Cyberjaya.
- Ambil sendiri / pulang sendiri di Afwaja Car Rental Cyberjaya RM0
- Penghantaran ke lokasi ambil (Pick-up Location) RM2/km
- Pickup semula dari lokasi pulang (Return Location) RM2/km
- Kiraan jarak Google Maps
- Jumlah caj transport Dikira automatik
Deposit Keselamatan
- Deposit keselamatan sebanyak RM100 hingga RM400 bagi setiap kenderaan akan dikenakan semasa pengambilan, bergantung kepada jenis kenderaan.
- Deposit akan dipulangkan dalam tempoh 3 hingga 14 hari bekerja selepas kenderaan dipulangkan, tertakluk kepada keadaan kenderaan yang baik serta tiada saman atau denda.
Tempoh Sewaan, Lanjutan & Perbatuan
- Tempoh minimum sewaan: Satu (1) hari (24 jam).
- Caj lewat pulang / lanjutan: Caj setiap jam adalah 10% daripada kadar sewaan harian. Jika jumlah caj jam melebihi kadar harian, caj satu hari penuh akan dikenakan.
- Polisi Had Perbatuan: Sewaan termasuk 300 km sehari. Lebihan jarak akan dikenakan caj RM1 bagi setiap km.
Pengambilan & Pengesahan Kenderaan
1. Penyewa Sah & Pengambilan Tanpa Kebenaran
Hanya individu yang membuat tempahan dan mengemukakan kad pengenalan/pasport serta lesen memandu yang sah dibenarkan mengambil kenderaan. Kenderaan tidak akan diserahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis. Jika individu tidak dibenarkan cuba mengambil kenderaan, tempahan dibatalkan (tertakluk kepada caj).
2. Dokumen Diperlukan
Sila bawa salinan: Kad pengenalan / Pasport, Lesen memandu, dan Kad perniagaan atau bukti alamat.
3. Pemeriksaan Kenderaan
Penyewa mesti memeriksa kenderaan semasa pengambilan. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan segera. Kerosakan yang tidak dilaporkan akan dianggap tanggungjawab penyewa.
Kegunaan Dibenarkan & Dilarang
Kegunaan Dibenarkan
Kenderaan hendaklah dipandu secara berhemah, mematuhi undang-undang Malaysia, menggunakan minyak yang betul, dikunci apabila tidak digunakan dan dijaga daripada kerosakan, kehilangan atau kecurian.
Kegunaan Dilarang
Kenderaan tidak boleh digunakan oleh pemandu tidak berdaftar, pemandu mabuk/tidak layak, untuk lumba, towing, off-road, latihan memandu, aktiviti haram, membawa muatan berlebihan, merokok, membawa bahan berbahaya atau membawa haiwan tanpa kebenaran bertulis.
Insurans, Lebihan (Excess) & Kemalangan
Semua kenderaan dilindungi insurans, namun penyewa bertanggungjawab ke atas lebihan (Excess):
Kadar Lebihan Maksimum
- Kumpulan A: RM4,000
- Kumpulan B: RM6,000
- Kumpulan C: RM10,000
- Kumpulan D: RM20,000
Kumpulan Kenderaan
- A: Axia, Myvi, Bezza, Ativa
- B: Yaris, City, Vios
- C: Aruz, X50, HRV, Alza, Serena, Xpander, X70, CRV, Innova Zenix
- D: Vellfire, Alphard, Staria, Starex
Pengecualian Insurans
Insurans tidak melindungi: Kecuaian/salah guna, tayar pancit/pecah, kesilapan isi minyak, kerosakan bateri akibat kecuaian, dan aksesori hilang/rosak. Kerosakan hanya dilindungi jika melibatkan perlanggaran dua kenderaan bergerak. Jika kenderaan rosak ketika parkir, penyewa bertanggungjawab sepenuhnya. Bahagian bawah, cermin dan bumbung tidak dilindungi.
Kemalangan & Yuran Pengurusan
Laporan polis mesti dibuat dalam masa 24 jam. Jika berlaku kemalangan, syarikat boleh mengenakan caj pengurusan (meliputi urusan insurans, komunikasi, kehilangan pendapatan) antara RM1,000 – RM5,000 bergantung kepada kenderaan. Jika tuntutan pihak ketiga gagal, kos ditanggung penyewa.
Terma Tambahan, Pemulangan & Pembatalan
Minyak
Kenderaan mesti dipulangkan dengan paras minyak sama. Caj sehingga RM300 dikenakan jika kurang.
Kebersihan
Jika terlalu kotor → caj RM300. Merokok / bawa haiwan → penalti RM500.
Saman & Tiket Trafik
Semua saman tanggungjawab penyewa. Lewat bayar → penalti RM300.
Had Laju
Lebuh raya: 110 km/j. Jalan biasa: 90 km/j.
Polisi Pembatalan
- 24 jam sebelum: Full refund
- Kurang 24 jam / No show: Tiada refund
- Tukar tarikh: Tertakluk kepada kekosongan
- Syarikat batal: Refund penuh atau reschedule
Pemulangan & Penamatan
Maklum sekurang-kurangnya 12 jam sebelum pulangkan kereta. Syarikat boleh tamatkan sewaan serta-merta jika berlaku salah guna. Deposit boleh hangus.
Kegunaan Jenayah
Jika digunakan untuk jenayah, penyewa bertanggungjawab penuh atas nilai kenderaan.
Tunggakan Bayaran
Jika terdapat bayaran tertunggak yang tidak dijelaskan, nama penyewa boleh disenarai hitam dalam sistem CTOS dan tindakan lanjut boleh diambil oleh syarikat.
Data Peribadi & Penafian
Data boleh dikongsi dengan agensi berkaitan untuk tujuan kutipan hutang. Dengan menyewa, penyewa bersetuju dengan semua terma dan syarat.
Kerosakan Mekanikal, Breakdown & Kenderaan Ganti
- Jika kenderaan mengalami masalah mekanikal yang bukan berpunca daripada salah guna atau kecuaian pelanggan, pelanggan hendaklah berhenti di tempat selamat dan menghubungi Afwaja Car Rental untuk arahan lanjut.
- Pembaikan, towing atau pembelian alat ganti tanpa kelulusan Afwaja Car Rental tidak akan ditanggung, kecuali tindakan segera yang perlu untuk keselamatan nyawa atau mengelakkan kerosakan lebih besar.
- Kenderaan ganti, upgrade, refund atau penyelesaian lain adalah tertakluk kepada lokasi, ketersediaan kenderaan, punca kerosakan dan semakan syarikat.
Barang Peribadi Pelanggan
Pelanggan bertanggungjawab ke atas semua barang peribadi yang dibawa atau ditinggalkan dalam kenderaan. Afwaja Car Rental tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kecurian atau kerosakan barang peribadi kecuali berpunca daripada kecuaian syarikat. Barang yang dijumpai selepas pemulangan boleh disimpan untuk tempoh munasabah sebelum dilupuskan jika tidak dituntut.
Data Peribadi, Rekod & Penjejakan Kenderaan
Afwaja Car Rental boleh memproses maklumat identiti, lesen, kontak, pembayaran dan tempahan untuk tujuan pentadbiran sewaan, pengesahan, keselamatan, pencegahan penipuan, tuntutan bayaran, kutipan hutang dan pematuhan undang-undang.
Kenderaan mungkin mempunyai sistem keselamatan, GPS, telematik atau teknologi pengeluar. Data berkaitan kenderaan boleh digunakan untuk mengesan kenderaan hilang/lewat pulang, bantuan roadside, penyelenggaraan, siasatan salah guna dan perlindungan hak syarikat, tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Liabiliti, Force Majeure & Undang-Undang
Afwaja Car Rental tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung seperti kehilangan keuntungan, janji temu, jadual perjalanan atau kos sampingan lain, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Mana-mana pihak tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kegagalan yang berpunca daripada keadaan di luar kawalan munasabah seperti bencana alam, cuaca buruk, tindakan kerajaan, penutupan jalan, gangguan utiliti, gangguan rangkaian atau kecemasan besar.
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan dirujuk mengikut saluran yang dibenarkan di Malaysia, termasuk mahkamah atau tribunal pengguna yang berkaitan jika layak.