1. Bayaran Tempahan
Jika kenderaan tidak tersedia selepas bayaran dibuat, Afwaja Car Rental akan menawarkan penukaran kenderaan, penukaran tarikh, atau bayaran balik penuh kepada pelanggan.
2. Pembatalan Oleh Pelanggan
- Pembatalan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum masa pickup layak untuk refund penuh, tertakluk kepada caj transaksi pihak pembayaran jika ada.
- Pembatalan kurang daripada 24 jam sebelum masa pickup atau no-show tidak layak untuk refund.
- Permintaan tukar tarikh adalah tertakluk kepada kekosongan kenderaan.
3. Deposit Keselamatan
Deposit keselamatan akan dipulangkan selepas kenderaan dipulangkan dan pemeriksaan selesai, dengan syarat tiada kerosakan, saman, caj lewat, caj pembersihan, caj minyak, tol tertunggak atau bayaran lain yang belum dijelaskan.
4. Tempoh Proses Refund
Refund dan pemulangan deposit biasanya diproses dalam tempoh 3 hingga 14 hari bekerja, bergantung kepada semakan dalaman dan proses bank/payment provider.
5. Maklumat Bank
Pelanggan bertanggungjawab memberikan maklumat bank yang tepat. Afwaja Car Rental tidak bertanggungjawab atas kelewatan refund yang berpunca daripada maklumat bank yang salah atau tidak lengkap.